Wednesday, August 24, 2011

betul ke penzina boleh jadi imam ?





on metro.
tetibe  terbace artikel tntg nih;

APAKAH hukumnya seseorang penzina menjadi imam dalam solat?




jawapan er;


MELAKUKAN zina termasuk dalam dosa besar. Namun begitu, ia tidak menyebabkan seseorang terkeluar daripada agama Islam. 


Dengan solat setiap Muslim tetap sah dan sah solatnya. Maka sah juga orang yang mengikutnya. 

Dengan kata lain hukum seseorang penzina menjadi imam dalam solat tetap sah dan orang yang mengikutnya juga sah solat. 

Menurut al-Bukhari pernah terjadi bahawa Ibnu Umar bersolat di belakang al-Hajjaj yang terkenal zalim. 

Ada yang menghukum makruh untuk berimam dengan orang fasik dan ahli bid’ah (Sayyid al-Sabiq 2000, I: 169).


================================================= ;)


Saturday, August 20, 2011

sebesar genggaman tgn, tp bermakna buat kite




JANTUNG adalah organ terpenting di dalam tubuh manusia. Ia mengepam darah yang membawa oksigen dan nutrien ke semua sel dalam badan. Denyutan pertama jantung bermula seawal empat minggu dalam kandungan dan hanya berhenti apabila manusia mati.





Bermula daripada satu sel yang membiak selepas persenyawaan, sebuah organ jantung adalah satu rangkaian otot khas (myocardium) yang disaluti lapisan tisu dinamakan pericardium. Di dalam jantung mengandungi empat kaviti (chamber) yang dipisahkan oleh injap supaya darah mengalir searah saja. 


Secara purata, jantung berdenyut pada kadar 70 denyutan seminit, menjadikan lebih 100,000 kali sehari dan 36 juta kali setahun. Jika seseorang itu berumur 70 tahun, jantungnya berdenyut sebanyak 2.5 bilion kali. 

Jantung dapat mengepam darah ke semua sel dalam masa kurang seminit. Dalam sehari, ini membabitkan perjalanan 7,570 liter darah sejauh 96,560 kilometer salur darah yang berada di semua organ dalam badan.



Kerja ini disempurnakan dengan baik oleh satu organ yang hanya sebesar satu genggam tangan dan berat 0.3 kilogram (kg). Allah menciptakan satu organ yang relatifnya kecil tetapi fungsinya meliputi seluruh badan manusia dan tanpanya manusia tidak boleh hidup.



Semua sel memerlukan oksigen dan nutrien untuk hidup, termasuk otot jantung. Maka, arteri koronari membekalkan darah kepada otot jantung supaya ia dapat meneruskan kerja mengepam darah ke seluruh badan. 

Jika satu struktur di dalam jantung tidak dapat berfungsi dengan baik, ia menyebabkan satu penyakit yang mempunyai simptom tertentu. Jadi secara amnya, penyakit jantung boleh berpunca daripada masalah: 



  • Otot (myocardium) seperti jantung bengkak atau tebal 

  • Lapisan jantung (pericardium) seperti perikarditis 

  • Injap jantung seperti injap sempit atau bocor 


  • Salur darah koronari – pembentukan plak aterosklerosis yang boleh menyebabkan serangan jantung 


  • Struktur lain di dalam jantung – seperti jantung berlubang 

  • Elektrikal yang membabitkan denyutan jantung 


    Penyakit salur darah koronari dibincangkan dalam artikel sebelum ini, jadi saya akan cuba mengupas penyakit lain. Ilmu perubatan dinamakan ilmu perubatan moden sekarang ini berpandukan kepada kajian teliti yang dijalankan ke atas organ jantung seperti mana ia dicipta Allah. 

    Ilmu ini sebenarnya diasaskan oleh pakar perubatan Islam pada zaman kegemilangan Islam dulu. Malangnya selepas kejatuhan zaman itu, segala tamadun dan ilmu ini diceduk oleh sarjana Eropah. 

    Ini yang menyebabkan kekeliruan pada masyarakat sekarang ini iaitu ilmu perubatan moden dianggap berasal dari Barat dan tidak Islamik. 

    Banyak perubatan alternatif mengambil peluang daripada kekeliruan ini untuk menjaja sebagai perubatan Islam, sedangkan mereka bukan ahli di dalam ilmu perubatan. 

    Hakikatnya, ilmu perubatan moden ini ialah ilmu perubatan berasas kepada Islam yang mengkaji tubuh badan manusia seperti yang diciptakan Allah. Ilmu yang boleh membawa pengkajinya lebih dekat dengan Allah kerana menyedari betapa hebat dan sempurna ciptaan-Nya.





    =================================================



  • Sunday, August 07, 2011

    psychiat post + jenjalan mkn angin smpi kembong ;D

    23/07/2011 - 30/07/2011

    malacca trip!


    semiggu jek g melaka.
    utk psychiatric posting...
    serius weh, bapak bosan !
    adeshhh


    so, tok ilangkan bosan,
    g la meronda 1 melaka..
    hahahah


    g melaka bukan tok posting pon.
    tp jln2 jek lebih..heheheh


    rancang p melaka nak jumpe PAKCIK.
    tp malang er PAKCIK cuti sem..-_-"
    huhuhuhu


    ==========================================
































    ============================================


    byk lagi gambar sbenar er..
    tp cukup la takat nih jek upload..
    penat dh....
    hhahahaha...

    papepon,
    bes doe tmpt ko PAKCIK !
    ;D


    =============================================


    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails