Saturday, September 10, 2011

cinta itu buta.. betol ke?



ada pepatah mengatakan cinta itu buta.
betol ke cinta itu buta?





ini kisah cinta terlarang yang aku baca kat metro..
kerana cinta terhalang,
mereka sanggup minum racun yang mengakibatkan seorang daripada mereka terbunuh dan seorang lagi masih koma..


=========================================


SEREMBAN: Kecewa apabila cinta dihalang keluarga, sepasang kekasih nekad minum racun
menyebabkan seorang lelaki maut manakala teman wanitanya kini koma di Hospital Tuanku
 Ja'afar Seremban (HTJS) di sini.

Dalam kejadian jam 8 pagi semalam di rumah di Taman Bunga Sejati, Nyatoh, Rantau, di sini,
Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18,
ditemui kritikal.

Seorang jiran, Suthir Baba, 26, menemui pasangan kekasih itu dalam keadaan berpelukan 
di ruang tamu rumah dengan mulut dan hidung masing-masing berbuih.

Suthir berkata, dia menyedari kejadian itu ketika pulang dari bekerja jam 8.20 pagi selepas
melihat wanita membuka pintu pagar dan kemudian masuk semula ke dalam rumah.

Menurutnya, selang beberapa minit dia terdengar bunyi orang bernafas kuat dari dalam rumah 
itu sebelum dia dan seorang lagi jiran meninjau untuk melihat apa yang berlaku.


=======================================================


actually byk jalan penyelesaiannya..
tp xtau knp mereka pilih utk minum racun..
aku doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan org yg beriman..




==============================================================



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails